ads

Thursday 12 April 2018

Perkataan Ringkas tapi Bermakna

Perkataan Ringkas tapi Bermakna






Adakalanya kita tidak menyedari akan kata-kata yang diungkapkan daripada seseorang kepada kita memberi seribu maksud yang sangatmendalam. Mungkin kerana itu hanya perkataan biasa. Mungkin itu hanya sandiwara sahaja. Dan mungkin juga kita berperasaan biasa sahaja. Kebiasaanya, orang yang menyampaikan secara ringkas adalah untuk membuatkan si dia berfikir akan maksud yang ingin diperjelaskan.
Tidak semua perkataan ringkas itu positif, adakalanya ia juga bersifat negatif. Ini kerana ada kalanya seseorang menggunakan satu ayat sahaja tapi tujuannya adalah untuk menyindir sesuatu pihak. Kita sebagai manusia haruslah bijak dalam menjaga perkataan jangan sampai ia memakan diri sendiri. Dan harus ingat, dari perkataan juga boleh mengambarkan peribadi seseorang.
Antara ayat ringkas tapi mempunyai tujuan negatif (sindiran) adalah:
…”Muka nampak baik, tapi hati?”..
…”Rupa seburuk perangai”…
…”Berlagak kaya”…
… ” Ni confirm dah masuk neraka”…
Dan macam-macam lagi…. Sangat tak elok.. Sangat pedih didengar walaupun ayat pendek tapi pedih.. Hidup bukan untuk Sedangkan kita boleh gunakan ayat ringkas tapi lebih kearah positif (nasihat). Walaupun kita tahu dia mempunyai sikap yang buruk, pernah melakukan sesuatu kesalahan, berbuat kesilapan dan sebagainya tapi itu bukan lah alasan untuk menghinanya. Tapi gunalah perkataan tersebut tetapi mendalam maksudnya. Iaitu nasihat ringkas tapi bermakna.

Antara ayat ringkas tapi positif (nasihat) adalah:
…”Dunia sementara, akhirat selamanya”…
…”Jangan pernah hina masa lalunya, kerana kita tidak tau masa depannya”…
…”Manusia boleh berubah dalam sesaat(hidayah)”…
…”Dah masuk waktu solat, jom…. :)”…
…”Awak kawan dunia akhirat sy…”
Dan terlalu banyak lagi yang kearah positif. Apa yang cuba disampaikan dalam artikel ini adalah sentiasa menjaga perkataan ketika berkata-kata. Dan ingatlah bahawa manusia boleh berubah sama ada ke arah positif atau negatif, semuanya terletak di tangan kita sendiri. Pilihlah untuk positif. Jaga kata, jaga tingkah laku, jaga hati. InshaAllah orang akan sekeliling akan merasa senang akan kehadiran kita.

Ayat-ayat power untuk mencairkan hati pasangan




Ayat-ayat power untuk mencairkan 


hati pasangan





Dua tiga kucing berlari mana nak sama si kucing belang
Dua tiga bole kucari mana nak sama adik ku seorang.

Menarik kan pantun ni, sebab kefleksibilitian pengertian ayat dia kita boleh tujukan kepada siapa-siapa orang yang kita hargai, tak kira lah, parents, adik-beradik, keluarga, sahabat dan juga kekasih, tinggal ubah sahaja perkataan 'adik' tu kepada siapa-siapa yang anda ingini.

Tapi tu cuma mukadimah jak,hehe, ok sekarang jom kita belajar beberapa ayat-ayat cinta yang sungguh indah yang saya dapat dari blog seorang sahabat

Ayat 1
- Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.

Ayat 2
- Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!

Ayat 3
- Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.

Ayat 4
-Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.

Ayat 5
- Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.

Ayat 6
- Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.

Ayat 7
- Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.

Ayat 8
- Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.

Ayat 9
- Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Ayat 10
- Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Ayat 11
- Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu ?

Ayat 12
- Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya

10 Cara Lelaki Memujuk & Melembutkan Hati Wanita







10 Cara Lelaki Memujuk & Melembutkan Hati Wanita

10 Cara Lelaki Memujuk & Melembutkan Hati Wanita


1. Ungkapkan kata-kata indah

Ramai wanita suka dipuji dan diberikan kata-kata indah yang menunjukkan kasih sayang anda terhadapnya. Sekali-sekala gunakan cara yang bukan tradisional seperti SMS,Whatsapp ataupun hantar gambar yang indah untuk melembutkan hati si dia. Walaupun adakalanya lelaki menganggap ini merupakan perkara yang remeh untuk dilakukan, percayalah, nanti lama kelamaan, kasih sayang di dalam rumah tangga pun akan makin pudar kalau tidak disuburkan dengan perkara mudah seperti ini.


Jika selama ini anda tidak pernah mengucapkan terima kasih atau ucapan penghargaan terhadap pengorbanannya sebagai isteri, cuba ucapkan padanya seikhlas hati.
2. Beri kejutan
Sekali-sekala berikan kejutan seperti hadiah yang ikhlas yang ingin anda berikan padanya seperti sekuntum bunga, ataupun barang kegemarannya. Kalau anda bukan jenis suami atau pasangan yang memberikannya hadiah kejutan, inilah masanya. Tetapi jangan pula berikan kejutan yang boleh buat dia sakit jantung seperti ‘madu baru’. Itu kejutan yang boleh membawa maut… pada kedua-dua belah pihak.
3. Panggilan manja 
Jangan ingat kucing saja ada panggilan manja, manusia pun adakala teringin juga. Cuba bagi nickname pada pasangan anda seperti ‘baby’, ‘sayang’, ayang, dear dan sebagainya. Sedangkan Rasulullah saw pun memanggil Humaira,panggilan manja buat isterinya Aisyah. Tapi jangan pula guna nama panggilan yang kurang ajar seperti ‘gemuk’, ‘badak’ yang boleh mengguris hati si isteri/kekasih.
4. Ingat perkara kecil
Kadang-kadang lelaki ni sukar untuk ingat perkara yang simple dan mudah seperti tarikh perkahwinan ataupun hari lahir pasangan. Kalau tak mampu nak beri hadiah, hanya ucapkan kata-kata manis padanya pada tarikh tersebut tanda anda menghargai pasangan anda. InsyaAllah, ia akan menyuburkan lagi hubungan anda dan pasangan.
5. Bertolak ansur 
Wanita ini mempunyai hati yang lembut. Jadi belajar bertolak ansur dalam perkara-perkara yang menyulitkan hubungan anda, kerana wanita yang mempunyai hati yang lembut ini mudah tersentuh. Jangan terlalu berkeras dan berkasar dengan pasangan anda dan belajar berbincang untuk membuat sesuatu keputusan atau jika ada masalah. Jika anda tidak bersetuju dengan pandangan isteri/pasangan anda, katakan dengan ayat lembut dan beri justifikasi yang logik dan masuk akal supaya dia boleh terima.
6. Jangan ego
Ego ini merupakan masalah terbesar dalam hubungan terutamanya pada lelaki. Lelaki terlalu ego untuk mengaku kesalahan dan ini boleh membunuh hubungan kasih sayang anda. Jika anda telah mengguris hati pasangan anda, ringankan mulut untuk melafazkan kata maaf… Satu kata maaf itu boleh membuatkan hati wanita lembut kembali.
7. Rajin
Lelaki yang rajin dapat memikat dan melembutkan hati wanita. Jadi lelaki yang ingin memujuk isteri/pasangan anda, boleh berubah menjadi lelaki yang ringan tulang… Tetapi biarlah ia berterusan, bukan semasa ingin memujuk sahaja. Kalau boleh, bantu isteri anda dengan kerja rumah dan menguruskan anak-anak sekali sekala.
8. Ajak dating
Cuba ajak pasangan anda keluar makan malam secara romantik ataupun pergi bersiar-siar dan menonton wayang. Kadang-kadang memujuk ini tidak perlu diucapkan dengan kata-kata, tetapi perbuatan pun penting juga.
9. Senyum 
Senyuman merupakan cara yang paling mudah untuk melembutkan hati wanita tau. Senyuman dan lirikan mata yang ikhlas, insyaAllah boleh memujuk hati kekasih dan isteri anda.
10. Pakai pakaian yang indah
Pakai pakaian yang indah untuk isteri anda, kelihatan bersih dan bau yang wangi. Bilakah kali terakhir anda pergi membeli-belah? Sama seperti suami mahu isterinya kelihatan bagus untuk dia, dia juga mahu suaminya untuk berpakaian kacak untuk dirinya juga. Ingatlah bahawa Rasulullah (صلي الله عليه وسلم) akan sentiasa bermula dengan miswak apabila pulang dan sentiasa berbau manis.